Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Ahkam Islami Najahudin's Homepage

    Ahkam Vol. X

 

WANG LEBIHAN KORBAN & AQIQAH

Soalan :

Boleh atau tidak menurut hukum wang lebihan dari pembelian binatang qurban & aqiqah digunakan untuk kenduri atau jamuan dimana didalam majlis ini turut dihadiri oleh masyarakat bukan muslim. Persetujuan wang lebihan dari hasil pembelian binatang qurban & aqiqah ini telah diamanahkan oleh peserta qurban & aqiqah kepada pengelola majlis ini untuk tujuan majlis jamuan.

 

Jawapan :

Boleh, kerana ia bukan melibatkan sembelihan binatang kurban. Wang lebihan itu juga hendaklah digunakan untuk membayar tukang sembelih bukan diberikan daging kurban kepadanya (sebagai upah). Jika masih ada lebihan kutipan wang kurban itu sudah dipersetujui oleh para penyumbang untuk mengadakan kenduri, maka orang bukan Islam boleh memakannya. Fiqh Islami.

 

 

SOLAT JAMAAH SUAMI-ISTERI

Soalan :

Saya ingin bertanya tentang kedudukan isteri yang solat seorang diri mengikut suaminya beserta dalilnya .Terima kasih

 

Jawapan :

Dalil yg khusus seperti yg anda hajati tidak ada. Dalil yg paling hampir ialah: HR Ibn Abi Syaibah dari Anas ra, ' aku solat bersama nabi saw dan seorang isterinya. baginda meletakkan saya di kanannya dan isterinya di belakang."

HR Imam Malik dalam alMuwatta' dari Ibn Abbas ra," aku (Ibn Abbas) solat disebelah Nabi saw dan Aisyah ra mendirikan solat bersama kami di belakang."

Imam alSarakhsyi dalam alMabsut 1/43, menjelaskan beginilah kedudukan isteri solat bersama suaminya. Dia berdiri di belakang suami. Allahu a'alam

 

 

AURAT DALAM TV, OSAMA BIN LADEN & DAJJAL

Soalan :

 

1. Adakah berdosa seseorang tu melihat aurat  perempuan di kaca tv seperti melihat rambut adakah berdosa akhir ini sudah menjadi kebiasaan media hiburan yang memakai seperti membuka aurat .. bagaimanakah nak lari dari dosa 2 mata ini

2. Adakah Osama dan Taliban bersalah islam adalah penyuluh umat manusia?

3. Apakah dajjal sudah muncul membawa syurga dunianya dan neraka nya akhir2 ini

 

Jawapan :

1. Memang ada segelintir orang Islam yg telah memusnahkan TV atau membuangnya ke dalam sungai kerana contentnya yg tidak sesuai dengan adabul Islam. Namun, TV adalah teknologi dan yg bersalah ialah pihak yg menyalurkan siaran dan contentnya (isinya). Anda tidak bersalah kerana jika berdepan dgn realiti yg dipaksakan ke atas anda, maka anda hendaklah bijak mengambil atau menonton sekadar yg perlu sahaja. Disiplinkan diri anda. ia sama dengan kita di mana saban hari di tempat kerja atau di supermarket kita terdedah dgn melihat kebanyakan wanita yg tidak menutup aurat, maka kita menjaga pandangan kita atau memandang sekadar yg perlu sahaja (Dr Abdullah Nasih Ulwan)

 

2. Osama ben Laden belum bersalah hingga dibuktikan bersalah di mahkamah Islam yg adil, bukannya mahkamah USA


3. Dajjal mengikut jumhur ulama' ialah manusia akhir zaman yg menyesatkan manusia dan disebutkan sifat-sifatnya secara nyata. ia belum lagi muncul (Qardhawi, Kaifa nata'amul ma'a asSunnah)

Allahu a'alam

 

 

PAKAI BOW TIE

Soalan :

Assalamualaikum.
Kemusykilan mengenai pemakaian bow tie. Dulu saya ada dengar tak boleh pakai disebabkan benda tu dipakai utk upacara agama. Kalaulah bow tak boleh pakai skrg atas alasan tersebut, ada kemungkinan tak satu hari nanti kita boleh pakai bow tie disebabkan bende tu dah jadi kebiasaan, macam tali leher?


Jawapan :

Panduan Islam dalam urusan berpakaian adalah amat mudah difahami. Islam menetapkan had minima pakaian kepada anak Adam itu ialah menutup auratnya,  melindungi dari cuaca panas dan dingin.

Yang ditegah adalah jika diperbuat dari sutera atau benang emas, menyerupai perempuan (jika lelaki) dan sebaliknya, atau pakaian yg melambangkan kesombongan dan riya' dan juga pakaian keagamaan sesuatu kaum yg bukan Islam.


Maka selain itu diserahkan kepada umat Islam menentukan yg sesuai jgn adat/uruf /tradisi masing-masing serta keadaan setempat berdasarkan motif atau niat masing-masing.


Dalil larangan menyerupai pakaian keagamaan:
HR Muslim dari Abdullah ibn Amr alAs ra, "RasuluLlah saw melarang saya memakai pakaian berwarna kuning. Sabda baginda," sesungguhnya ia adalah (warna) pakaian orang kafir, janganlah engkau memakainya."


HRatTabarani dlm alAwsat/Fathul Bari 10/223,"Jauhilah pakaian rahib-rahib kerana barangsiapa yg memakai pakaian mereka bukanlah dari kami." alQaradawi, Halal & Haram.


Jika bow, tie, kot, jacket itu tidak melambangkan upacara keagamaan atau lambang kesombongan, maka haruslah hukumnya. Allahu a'alam


SOLAT DENGAN JARI BERDARAH

Soalan :

Ustaz... Satu hari sebelum raya jari saya terluka semasa potong daging untuk buat rendang..dugaan...Ujian ALLAH. Pagi raya semasa hendak pergi sembahyang raya luka tidak dibalut..fikir dah ok.. sedang angkat takbir untuk sembahyang raya luka berdarah kembali..habis telekong dan terkena telekong orang sebelah.. apakah sah sembahyang raya tu.. dan bagaimana dengan orang sebelah
apakah sah sembahyangnya sebab telekongnya kena darah... harap dapat ustaz huraikan...

 

Jawapan :

Solat anda tidak batal menurut Syafi'iy, Maliki, Zahiri, Syi'ah dan Abi
Tsaur. Pendapat ini dipilih oleh pentahqeeq (penilai semula) spt allamah Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, dalilnya ialah HR Bukhari dari alHasan," bahawa kaum muslimin tetap solat dengan luka-luka mereka".

Prof HM Asywadie Syukur LC, Perbanding Madzhab juga memilih pendapat yg tidak membatalkan berdasarkan hadis yg disepakati riwayat Abu Daud,  alBaihaqee, Ibn Hibban, alHakim, Ibn Khuzaimah dari Jabir ra menceritakan Ubbad bin Bisyr solat dalam keadaan darah keluar dari luka terkena panah dan RasuluLlah saw tidak menegurnya. Inilah juga pendapat Imam Nawawi dan Imam Syaukani (Nailool Awthor).



Menjawab soalan anda:

1. Solat anda adalah sah kerana darah itu keluar bukan dari jalan yg biasa (qubul dan dubur)

 

2. Solat orang sebelah anda juga sah jika ia tidak tahu atau tidak kuasa menghindarinya.

Dalilnya:
1. HR Abu Daud dari Aisyah bahawa selesai solat subuh, sahabat ternampak darah pada kain Nabi saw, Rasulullah mencuci kainnya dan tidak mengulangi solatnya.


2. HR Bukhari meriwayatkan perihal Nabi saw terus solat walaupun orang musyrikin melempar ke atas beliau najis. Inilah pendapat Maliki dan disokong oleh para pentahqeeq.


Adapun mengikut Syafi'iyah, solat rakan anda itu batal kerana suci dari najis adalah syarat sah solat dan darah yg mengalir adalah najis yg membatalkan solat baik sengaja atau tidak sengaja. Kes ini agak rumit untuk difahami.


Kita ulangi, solat anda tidak batal kerana illat najis (darah) itu keluar
dari jalan yg tidak lazim, manakala jiran anda yg terkena darah itu batal pula kerana terkena najis (mengikut Syafi'iyah) tapi sah menurut Malikiah.

Allahu a'alam



PENAMA KWSP

Soalan :

Assalamualaikum,
1. Saya keliru tentang masalah duit KWSP. Saya inginkan penjelasan mengenai hukum pengagihan duit KWSP sekiranya ahli mati. Ini kerana saya dapati dalam borang penamaa KWSP ada pernyataan pembahagian mengikut percentage kepada orang yang akan di beri wang tersebut sekiranya berlaku kematian ahli. Apa yang musykil ialah ada ahli yang meletakkan nama anak atau isteri mengikut
percent masing-masing. Setahu saya semua harta tersebut akan di faraidhkan mengikut perkiraan faraidh. Bagaimana pula boleh KWSP laksanakan pembahagian mengikut percent yang si mati tetapkan?


2. Antara Faraidh dan wasiat mana yang lebih dahulu kita laksanakan?Jazakallahu khiran katsira. Kullu aamin wa antum bi khair.

 

Jawapan :

1. Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan pesaka KWSP hendaklah dibahagi secara faraidh. Penamaan yg ditetapkan oleh KWSP hanyalah sebagai pemegang amanah sahaja.

 

2. Wasiat didahulukan dan tidak boleh melebihi sepertiga pesaka sahaja. Kemudian barulah bakinya 2/3 itu difaraidhkan. Allahu a'alam

 

 

Jawapan Oleh :

Panel Ahkam Online

 

 

BACK BACK