![]()
Ahkam Vol. XI
Soalan :
Assalammu'alaikum..
Saya nak tau kedudukan
Org Bunian dlm makhluk ciptaan Allah ni... adakah ianya mitos dan lagenda Melayu
saja org Bunian ni? atau mmg ada di serata dunia?
Jawapan :
Yang pasti jinn itu
ujud sebab diberitahu dlm alQur'an, begitu juga species Jinn yg bernama Ifrit,
malah terdapat surah yg dinamakan surah Jin. Jinn seperti juga manusia, haiwan
dan makhluk halus yg lain spt virus dan bacteria, amoeba dan protozoa, adalah
dari elbagai species dan jenis. Maka tidak mustahil jinn spt juga manusia juga
berkabilah dan berbangsa-bangsa.
Menyentuh bangsa jinn yg
dinamakan Bunian itu kita terima sebagai penamaan sahaja, tapi kita tolak cerita-cerita ganjil mengenai bunian, seperti ada
manusia yg pernah berkahwin dgn jinn jenis
Bunian atau anaknya dilarikan oleh species ini. Rumusan: Yg diwajibkan ke atas
kita ialah mempercayai ujudnya makhluk dari jenis jinn dan ia diciptakan dari
api. Dan ia mampu menyesatkan manusia dengan bisikann dan asutannya (Prof TM
Hasbi Siddiqiey al_Islam) Allahu 'a'lam
LELAKI PAKAI CINCIN
CAMPUR EMAS
Soalan :
Adakah
sah solat lelaki yang memakai cincin suasa(bercampur emas)semasa mengerjakan
solat. Jika sah/tidak apa alasannya
Jawapan :
Solat sah cuma haram
hukumnya bagi mazhab Shafei dan haram lagi tidak sah bagi Hambali.
Dalil Hambali:
Hadith Sahih: "Siapa
yang buat satu amal yang bukan dari amalan kami maka amalannya ditolak."
BINAAN KUBUR
Soalan :
Saya bercadang
untuk membina semula pusara ayah saya iaitu dengan memasang batu nisan baru dan
membuat kepongan batu mamar berukir pasang-siap seperti yang banyak terdapat di mana-mana tanah
perkuburan. Kemusykilan ini timbul kerana saya ada
terdengar orang mengatakan "tidak digalakkan" membuat binaan di atas pusara. Apakah memasang kepungan batu mamar atau pun sebarang
binaan yang serupa dengannya di golongkan dalam perkara yang ditegah oleh Islam?
Jawapan :
Menurut Islam, membina
pusara di atas kubur hukumnya makruh jika pusara itu dibina tidak melewati
kawasan sesebuah kubur yang lain. Apabila pusara itu dibina terkeluar dari
kawasan yang terhad pada tanah wakaf bagi perkuburan itu, maka hukumnya adalah
haram.
Dalilnya: Dari Jabir
bahawa ia telah mengatakan (maksudnya): Bahawa Rasulullah telah melarang orang
membina pusara batu pada kubur, melarang orang duduk di atasnya, dan melarang
dibinakan bangunan di atas kubur"
(Hadis riwayat Imam
Ahmad, Muslim, Nasa'i, Abu Daud dan Tirmizi).
Adapun membelanjakan
wang yang banyak untuk membina pusara2 itu dengan bahan-bahan mewah yang mahal (seperti
marmar, siramik, mosaik dan sebagainya); yang dianggap oleh setengah-setengah
orang sebagai amal jariah kepada si mati itu adalah sangkaan yang tidak benar,
bahkan yang demikian itu adalah perbuatan membazir semata-mata; padahal membazir
itu adalah seperkara yang diharamkan oleh agama Islam.
LELAKI & PEREMPUAN
Soalan :
assalamualaikum
ust... Ana ada beberapa kemuskilan yang ingin ditanya..
1. apakah hukum
perhubungan persahabatan antara lelaki dengan wanita itu?
2. apakah
hukumnya lelaki dan wanita percakap dan berbual kosong.
3. apakah pendapat ust
dan mungkin pandangan dari sudut sharak berhubung isu budaya couple dikalangan
remaja... ana harap ust
dapat perjelaskan.. sekian jazakallah...
Jawapan :
1. Harus hukumnya:
Dalil: surah atTawbah: 71 (dan orang2 beriman lelaki dan perempuan menjadi
penolong atas sebahagian yg lain) Persahabatan dalam rangka bertolong-tolongan
dalam jalan dakwah dan alkhair (kebaikan)
2. Tidak boleh kecuali
untuk urusan kebaikan, dakwah dan jihad. Dalil: alMukminun: 3 (orang yg
menjauhkan dari perbuatan yang sia-sia); alAhzab: 32 (dan janganlah kamu tunduk
dalam berbicara hingga bangkitlah syahwat lelaki yg berpenyakit) Percakapan
antara lelaki dan wanita ajnabi dibenteng oleh adabul Islam, niat dan akhlak
Islam.
3. Coupling atau
berdua-dua dgn bukan muhrim adalah haram dan ditegah atas larangan hadis sahih
"ketiganya adalah syaitan". Ia juga ditegah atas kaedah syara' yg
masyhur: Sadd adz Dzara'iy (ditutup pintu-pintu kejahatan) antaranya zina.
Coupling, bebas bergaul dan pendedahan aurat adalah pintu-pintu zina.
(Qardhawi, Mujtama'
Islami allazi nansyuduhu)
Allahu a'alam
SALAM KEPADA NON-MUSLIM
Soalan :
1.
Apakah hukumnya memberi salam. Kadang2 terfikir untuk memberi salam atas tujuan
agar Allah memberi hidayah pada hati mereka untuk menerima Islam.
2. Kadang2
terbiasa memberi salam ketika menjawab telefon, bertemu dengan orang2 yang
sekulit dengan kita etc.
3. Apakah harus
menjawab salam daripada bukan muslim.
Mohon diperjelas.
Jawapan :
1. Imam Nawawi (alMajmu';
tahqeeqan Muhammad Najib alMuti'iy) menetapkan lafaz salam ini haram diucapkan
kepada non-muslim kerana lafaz ini melambangkan kasihsayang dan do'a dari Allah
kepada sesama muslim. Ini juga pendapat jumhur ulama'.
Jika anda mengutus surat
(snail mail) atau e-mail kepada non-muslim oleh disertai ungkapan berikut
sebagaimana surat RasuluLlah saw kepada Heraclius (maharaja Rumawi), salam
sejahtera ke atas orang yg mengikut hidayah. tapi tidak boleh dalam bentuk
langsung mengucapkan salam seperti mana kita mengucap salam kepada sesama Islam.
2. Jika anda tersasul
memberi salam kepada non-muslim, mengikut madzhab Syafi'iy hendaklah ditarik
balik tapi tidak perlu menurut madzhab Malik. sekian,
3. Jika non-muslim
memberi salam "assalamu'alaikum', hendaklah membalas dgn lafaz : Wa 'alaykum
sahaja tanpa apa-apa penambahan lagi (jumhur). Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Anas, apabila ahlil kitab memberi salam kepada kamu, jawablah "wa'alaykum".
Allahu a'alam
Jawapan oleh :
Panel Ahkam Online