![]()
Ahkam Vol. XII
MENAMAKAN ANAK DGN SURNAME
Soalan :
Saya ada 2 kemusykilan:
1.Kenapa masyarakat Islam di Malaysia tidak mengguna nama keluarga ("lastname")? Apakah sejarahnya? Setengah-setengah umat Islam, keturunan Pakistan misalnya ada guna lastname.
2. Apa hukumnya jika kita guna "lastname" bila menamakan anak kita. Misalnya, nama saya Ali bin Abdullah. Saya nak menamakan anak lelaki saya Mohammed Ali Abdullah. Yakni "lastname" kita kekal sebagai Abdullah. Saya dan keluarga bermastautin di California. Sistem di sini seperti yang kita maklum guna "lastname". Terima Kasih.
Jawapan :
Islam tidak meletakkan peraturan wajib meletak surname (lastname) atau nama keluarga. Ia adalah urufi (adat) sahaja. Islam hanya mahukan ayah menamakan dgn nama yg baik maknanya dan dibinkan kepada si ayah untuk tujuan penentuan nasab (keturunan). Lihat firman-Nya (terjemah)," panggillah mereka dengan (nama) kepada bapa-bapa mereka, itulah lebih adil di sisi Allah." Ahzab: 05
Keluarga di Malaysia memang menggunakan surname terutama dari keturunan Arab, misalnya Barakbah, alsagoff, alAttas, dll. Kebanyakan keturunan Melayu yg lain menggunakan title keluarga, misalnya Wan, Nik, Tengku, Tuan (macam Thtl), Che', Megat, Nyak, dll. Bagi masyarakat Pakistan, Arab, India, memang mereka menggunakan surname melambangkan clan atau kabilah mereka.
Tidak salah anda menggunakan surname/lastname, khususnya bila berada di United States yg kalau kita perhati setiap borangnya menggunakan system last, middle, dan first name. Rujukan: Prof Dr Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyatul Awlad fi Islam. Allahu a'alam.
SAF MUSLIMAH
Soalan :
Apakah maksud sebenar hadis di bawah kepada kaum wanita? "Sebaik-baik saf lelaki dewasa ialah saf yang pertama, seburuk-buruknya
adalah saf yang dibelakang, sebaik-baik saf perempuan adalah yang di belakang sekali dan seburuk-buruknya adalah di depan sekali" hadis riwayat Muslim
Jawapan :
Imam Nawawi (Syarah Sahih Muslim 4/159) maksud saf paling buruk itu paling sedikit pahalanya. Ini kerana wanita yg paling hampir dgn saf lelaki, paling sedikit pahalanya. Jika semakin jauh wanita dari saf lelaki, maka semakin besar pahalanya. Sekian
RAMBUT RASULULLAH S.A.W
Soalan :
Bolehkah seorang lelaki yang beriman berambut panjang? Kalau boleh pada had mana? Ada yang mengatakan sehingga paras bahu sahaja, minta penjelasan daripada tuan. Berapakah panjang manakah rambut baginda Nabi s.a.w?
Jawapan :
Kita simpulkan kedua-dua soalan ini dengan membawa beberapa hadis:
1. HR Ahmad, Abu Daud, atTermidzi, dan Ibn Majah dari Aisya raa:" Adalah rambut Nabi saw itu mencecah cuping telinga tapi tidak sampai ke bahu." Disahihkan oleh atTermidzi.
2. HR Abu Daud dari Abu Huraira ra," Bahawa Nabi telah bersabda," sesiapa yg mempunyai rambut hendaklah memuliakannya (menjaganya)."
3. HR anNasa'iy dari Abu Qatadah ra," aku seorang yg berambut panjang hingga ke bahu. Lalu aku datang bertanya akan Nabi saw (akan kedudukan rambut panjangku itu), maka Nabi saw menyuruhku agar menjaga dan menyisirnya setiap masa."
Ulasan :
Qadhi 'Iyadh (asySyifa'), "jika kita kumpulkan kesemua hadis mengenai rambut Nabi saw, banyak riwayat mengatakan ia sampai ke bahu.”
Imam abu Isa aTermidzi (Syama'il) ; “Nabi selalu meminyaki dan menyikat rambut serta menyisir juga janggutnya.”
Pentahqeeq Indonesia, Prof al_Imam Dr TM Hasbi asSiddieqiey (Hukum2 Fiqh Islami 1/379), "perihal Nabi dan sahabat berambut panjang adalah realiti di masa silam. Urusan panjang pendek rambut ini adalah urusan keduniaan semata-mata. Boleh mencontohi Nabi saw dan sahabat dan boleh pula meninggalkannya, dalam hal ini tidak tercela. Yang perlu kita lakukan ialah menjaga rambut sebagaimana yg disarankan oleh baginda dan tidak membiarkan rambut kita kusut masai dan tidak terurus.
Pendapat ini sama dengan pendapat Dr al_Imam alMujtahid al_Qardhawi (Kaifa nata'amalu) dan Imam dan Syaikhul Azhar, Mahmood Syaltut dlm alIslam-Aqeedah wa Syari'ah. Allahu a'alam.
SUMPAH
Soalan :
asalamualaikum.....
Saya minta betul2 berada dalam keadaan ketakutan. saya ingin kan jawapan utk masalah saya ini... saya ada terdengar yang orang Yahudi dan Amerika akan meruntuhkan Kaabah sebagai tindakbalas kepada tragedi september 11.... sebaik mendengar berita itu, saya terus bersumpah dengan nama Allah s.w.t untuk memusnahkan rumah penyembahan org kafir sekiranya perkara itu berlaku dan jika tidak terdaya akan membunuh org2 kafir yang saya temui. Tetapi selepas beberapa ketika, saya sedar yang saya tidak mampu melakukan perkara2 itu...saya seorang yang tidak kukuh iman. saya tidak malu lagi menggelar diri saya penakut.... sejak itu saya sering menangis dan kini saya ingin minta tolong saudara disini....adakah wajib bagi saya menunaikan sumpah saya itu? atau jika saya tidak menunaikan sumpah saya itu...apakah saya berdosa besar?
Jawapan :
Hukum sumpah di sisi madzhab Syafi'iy adalah makruh. Dalilnya: "dan janganlah kamu jadikan nama Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng" alBaqarah: 224
Sumpah yg anda lakukan di atas adalah termasuk sumpah yg haram pula dan tidak boleh dilakukan. Ini kerana membunuh manusia tanpa hak adalah haram,
maka bersumpah melakukan perbuatan haram adalah haram dan berdosa besar.
Kedudukan sumpah anda:
Jika anda mengucap sumpah tersebut sedangkan anda jahil akan hukum-hakam sumpah dan kaffaratnya atau terlalu emosional hingga hilang kawalan diri, maka ia di ma'afkan. Dalilnya:
"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yg tidak disengajakan.." alMaidah:89
Manakala dari asSunnah: HR Ibn Majah," sesungguhnya Allah swt menggugurkan dari umatku hukum tersalah, terlupa atau sesuatu yg dipaksa mereka melakukannya."
Jika anda mengucapkan itu dengan mengetahui hukum-hakam dan kaffaratnya, maka anda hendaklah membayar kaffarah sumpah:
1. memberi makan 10 orang miskin, atau
2. memberi pakaian untuk 10 orang miskin
Jika tidak mampu hendaklah berpuasa 3 hari. Fiqh alManhaji. Allahu a'alam
MASALAH MAZHAB
Soalan :
1. Mengapa Mazhab Maliki mengatakan semua benda yang hidup adalah suci, termasuk Rambut dan bulu babi. Apakah dalilnya?
2. Bolehkan saya tahu setiap mazhab itu terkenal diamalkan di negara mana ?
Jawapan :
1. Dalil umum dari surah alAn'am:145 (atau daging babi kerana ia termasuk rijs (kotor)) terjemahnya. Menurut Malik, yg disebut hanyalah daging babi bukan bulunya atau rambutnya.
Madzhab Malik ialah madzhab ahlil Medina dan mereka kebanyakannya tidak pernah melihat khinzir kerana ia bukan binatang padang pasir.
2. Taburan madzhab popular:
a. Hanafi di Turki, Syria, Iraq, India, pakistan, Afghan dan negara-negara bekas soviet dan balkan
b. Maliki di Afrika Utara dan Tengah kecuali Mesir, juga Andalusia
c. Syafi'iy di Mesir, Syria, Jordan, Nusantara, China, Palestine, Yemen dan Hijaz
d. Hanbali: Saudi dan negara Khaleej (Teluk)
* madzhab Salafiya di Saudi
Madzhab yg popular tapi telah pupus:
e. Zahiri di Baghdad dan Andalusia
f. Sufyan Uyainah di Mekah
g. Hasan Basri di Basrah
h. Tabari di Baghdad dan Tabaristan
i. Tsauri di Kufah
j. Auza'iy di Syria
k. Laith di Mesir
l. Abu Tsaur di Baghdad
(Syaikh 'Ali alSais, Tarikh al Fiqh alIslami)
Allahu a'alam
Jawapan oleh :
Panel Ahkam Online