![]()
Ahkam Vol. XIII
Soalan :
Assalamualaikum ustaz... sebelum nie saya sudah kemukakan
soalan ini tapi saya tidak dapat mencari jawapan bagi soalan saya ...
Boleh kah ustaz terangkan cara2 untuk mengerjakan sunat syukur… niat dan
segala tatacara... terima kasih
Jawapan :
1. Tatacara sujud syukur Versi
Syafi'iy:
a)
niat
b)
takbir untuk sujud
c)
satu kali sujud shj
d)
salam
Syarat: berwudhu' dan suci pakaian
serta tempat sujud.
2. Tatacara Tahqeeqan ( oleh Imam Syawkani)
Sujud syukur bukan solat, maka tidak perlu takbir dan
salam. Ia juga tidak disyaratkan berwudhu' dan bersih pakaian. Ia spontan
dilakukan kerana terlalu syukur dan gembira. Ini kerana tiada nas yg menyebut
rukun dan syaratnya. Fiqh Sunnah. Allahu a'alam
SUNAT AKAD NIKAH?
Soalan :
Katakan akad nikah dilakukan selepas sembahyang asar, boleh tak sembahyang sunat akad nikah dilakukan selepas selesai upacara itu? Saya bertanya ustaz semasa kursus, dia katakan adalah digalakkan utk melakukan sujud syukur sahaja. sekian, terima kasih.
Jawapan :
Solat sunat di malam pertama. Solat
itu tidaklah dinamakan solat sunat akad nikah, ia hanya solat sunat yg umum
sahaja, dilakukan secara berjama'ah oleh pasangan baru itu. (Albani, Adabul
Zifaf)
Amalan solat sunat dua raka'at itu
adalah amalan para sahabat, antaranya Abi Dzarr ra yg mengajar seorang pemuda
bernama Abi Asied yg baru berkahwin dan Ibn Mas'ood ra yg mengajar seorang
lelaki bernama Abu Jarir supaya solat dua raka'at bersama isterinya (secara
berjama'ah) sebelum bersama. Ia bukan dilakukan di masjid, tetapi di rumah pada
malam pertama nanti.
Adapun melakukan solat sunat di
masjid selepas Asr adalah dilarang kerana tiada contoh dari Nabi ataupun sahabat
atau tabi'ien. (Syaikh Nasiruddin Albani, Adabul Zifaf) Adapun sujud syukur
dibolehkan. Allahu a'alam
Soalan :
Saya ada seorang adik yg sudah dewasa... beliau ada menyimpan anak patung (teddy bear) di atas katil nya.. Anak patung tersebut selalu dipeluk untuk tidur... Boleh kah kita meyimpan anak patung tersebut dan dijadikan bahan pemeluk......
Jawapan :
Pepatung yg diharamkan ialah patung
yg disimpan untuk ditakdiskan (disucikan). Jika tiada unsur pengkudusan dan
memuliakan patung-patung itu halal disimpan di rumah. (Qardhawi, Halal &
haram; Imam Abu Daud kitab adab). Allahu a'alam
SURAT BERANTAI
Soalan :
Saya kerap kali mendapat email dari sahabat dan org yg
tidak saya kenali yg mengandungi malumat seperti berikut: " La ilaha illa
anta subhanaka inni quntu minadzO limeen". Please send this to 10 persons,
Allah will solve all your problems. Insya-Allah.”
Ada diantaranya seolah2 menguggut sekiranya tidak
disampaikan kpd 10/20 org lain maka bala Allah akan menimpa ke atas si pembaca.
Minta ustaz perjelaskan perkara ini kerana ditakuti terpesong akidah kerana
mempercayai bahawa kebaikan/keburukan datang dari surat/email seperti ini.
Wallahu'alam
Jawapan :
Isu surat berantai dimulakan dari
pengirim yg mendakwa Syaikh Ahmad penjaga Medinah. Bila diselidiki tidak
diketahui asal-usulnya dan termasuk surat layang yg wajar dimusnah sahaja. (fatwa
Qardhawi, Fatawa Mu'asirat)
Soalan :
Apakah hukum menetapkan kadar Ringgit Malaysia dan USD. Tolonglah bagi jawapan beserta dengan alasan2nya sekali...
Jawapan :
Ia termasuk dalam urusan kedunian
sebagaimana sabda baginda " engkau lebih mengetahui urusan dunia kamu."
HR Muslim.
Penetapan nilai matawang sesebuah negara ditentukan dgn tiga cara: nilai
standard emas, demand and supply (ditentukan oleh pasaran bebas) dan pegging (penetapan
nilai oleh kerajaan). Kesemuanya adalah harus asalkan ia memberi maslahat kpd
manusia. ALlahu a'lam
Soalan :
Assalamualaikum warahmatuLlah
Seperti yg kita tahu telah ada banyak keajaiban yg berlaku di mana awan
membentuk kalimah Allah, pokok rukuk ke arah kiblat, pokok membentuk kalimah
syahadah dan sebagainya.
Soalan saya: Seorg sahabat
perpendapat kita tidak boleh menggunakan perkara2 di atas sebagai perkara utama
dakwah kepada non-muslim. Kerana padanya dakwah kepada non muslim hendaklah
first and foremost dakwah kepada tauhid Allah . Apa komen ustaz?
Jawapan :
Benar sekali pendapat sahabat anda
itu. Kaum musyrikin sahaja yg suka menonjolkan keajaiban yg berlaku di sekitar
kita, seperti ular berkepala tiga, nenas yg mengeluarkan buah berkepala gajah
dsbnya. Majalah dan diges tempatan mensensasikan lagi cerita-cerita dan
khabar-khabar ini untuk melariskan penjualan dan trend ini amat membimbangkan.
Kita tahu bahawa seluruh makhluk
ciptaan Allah ini dalam keadaan tunduk dan patuh kepada Allah kecuali sebahagian
besar manusia dan syaitan. Lihat firman-Nya," padahal kepada-Nyalah
menyerah diri segala yg ada di langit dan di bumi baik dgn suka atau terpaksa.."
S. ali Imran: 83.
Awan, pokok, dan binatang melata
semuanya memang tunduk kepada Allah swt. Tidak ada apa-apa keajaiban dalam hal
ini. Ia menjadi ajaib jika makhluk-makhluk ini memberontak terhadap sunnah
Allah. Dalam Islam, apa yg dianggap ajaib itu tidak dapat mengalahkan keajaiban
alQur'an dan revolusi iqra' dan qalamnya. alQur'an itulah meteri dakwah yg
pertama dan utama. (al_Qardhawi, Tazkirah adDua'ah)
Soalan :
Saya ingin bertanya apakah hukumnya orang Islam menderma darah. bolehkah? ini kerana saya terbaca jika darah org Islam itu diberikan kepada org bukan Islam, darah itu akan menangis. Bunyinya memang kelakarkan, tapi sebagai insan yang ingin tahu, harap dapatlah saudara/saudari berikan penjelasan
Jawapan :
Harus menderma darah melalui
fatwa-fatwa majlis fatwa negara-negara umat Islam seluruh dunia sejak 60-70'an
lagi. Ia berdasarkan kemajuan teknologi perubatan dan maslahat manusia tanpa
mengira bangsa, etnik dan agama yaitu hak untuk meneruskan kehidupan.
Teori darah umat Islam menangis
bila didermakan kepada bukan Islam adalah tertolak kerana darah bukan suatu
makhluk yg terpisah dari manusia. Kata-kata manusia yg tidak disandarkan kepada
nas adalah tertolak. Allahu a'lam
Jawapan Oleh :
Panel
Ahkam Online