![]()
Ahkam Vol. XIV
Soalan :
Saya ingin mendapat penjelasan
mengenai hukum menggantung gambar penuh seluruh badan di dinding rumah..
Jawapan :
Ia termasuk hukum baru yg tiada
contoh sebelumnya. Berdasarkan kaedah yg masyhur, " asal setiap sesuatu
adalah mubah, kecuali ada nas yg menegahnya." Mufti Mesir, Syaikh alBakhit
mengharuskan fotografi kerana manusia tidak mencipta gambar itu melainkan ia
hasilan teknologi. Mufti Saudi (syaikh Ben Baz) memilih mengharamkannya kecuali
untuk tujuan yg dharurat spt pasport dan IC sahaja. Qardhawi memilih pendapat
Syaikh Bakhit (halal dan haram) Allah sahaja yg lebih mengetahui.
JAMAAH & MAZHAB
Soalan :
Dalam Islam yang ditinggalkan Nabi
SAW terdapat 73 firqah menurut sebuah hadis sahih. Dan dikalangan itu hanya satu
firqah yang akan masuk syurga ! Dan firqah tersebut disebut sebagai "al-jamaah".
Apakah yang dimaksudkan "al-jamaah" itu ?
Mengapa kita bergantung ( wajib/harus/sunat ) mengikut
pendapat2 imam 4 (Hanafi/Maliki/Hanbali/Syafi'e )? Apakah alasan muslimin hari
ini yang mengatakan kita mengikut pendapat imam mukatabar seperti imam 4 ini
kerana amalan mereka mirip kepada para aulia ? Sedangkan ada pendapat mereka
yang bid'ah seperti "Usalli..".
Jawapan :
1. Hadis firqah itu ialah hadis
sahih, terdapat dalam Sunan Ibn Majah, Musnad Imam Ahmad dan Abu Daud, Aun
alMa'abud. Disahihkan oleh Albani (sahih al jami' as Sagheer 1/357)
Maksud al jama'ah itu salaf as
Soleh (generasi pertama Islam), dan orang yg mengikuti mereka hinga Kiamat.
Dengan kata lain ialah ASWJ (ahli sunnah wal jama'ah tulin) (Imam Ibn Qayyim,
Ighatsah alLahafan 1/70)
2. Asas kita berpegang kepada madzhab empat ialah kerana madzhab ini paling
lengkap dan paling baik dalam kaedah mengeluarkan hukum dari sumbernya asal,
sedangkan madzhab2 lain telah pun pupus atau tidak popular.
3. Pengasas empat madzhab ini
sememangnya auliya', genius, mujtahid mutlak, zuhud, abid, dll lagi. Tetapi kita
berpegang kepada mereka hendaklah menyelidiki dalil dan hujah mereka, dan boleh
berpindah madzhab jika ada madzhab yg lebih meyakinkan.
4. Usyalli adalah isu ulama'
mutakhirin dalam fuqaha' Hanbali dan Syafi'iy; ia tiada kaitan dgn pengasas
madzhab 4 dan ia bukanlah bid'ah yg merosakkan Islam. (Dr Abd Karim Zaidan,
alWajiz)
DEPOSIT PILIHANRAYA
Soalan :
Apakah hukum wang pertaruhan atau
deposit pilihan raya? Adakah ia menyerupai judi?
Jawapan :
Telah berkata Ibn Qayyim alJauzea (I'lam
alMuwaqqieen)," Tidak menjadi wajib jika lemah dan tidak haram jika
dharurat". Maksudnya pilihanraya itu sesuatu yg dharurat bagi umat Islam
menyertainya untuk mendirikan negara Islam, maka deposit pilihanraya itu
hendaklah diketepikan demi mencapai sesuatu yg besar yg bermanfa'at utk umat
Islam. Untuk lebih jelas: janganlah kerana was-was dgn hukum deposit calon, maka
umat Islam memulaukan pilihanraya. Allahu a'alam
Soalan :
Assalamualaikum,
Saya seorang pelajar di luar negara. Baru-baru ni saya
terbaca bahawa bahan2 pencuci seperti sabun, detergen, etc. mungkin diperbuat
(derive) daripada binatang (eg. lembu, khinzir, etc.).
Soalan saya, adakah barang2 seperti ini boleh
digunakan oleh seorang Muslim? Setahu saya, ada pendapat yang mengatakan bahawa
ia boleh kerana bahan yang digunakan sudah bertukar sifat. Adakah hukum ini juga
boleh digunakan untuk makanan yang mempunyai 'E' numbers (eg. E471 etc) yang
mungkin datangnya dari binatang. Sekian, Wassalam.
Jawapan :
Jika anda berada di negara Barat
seperti USA dan Europe, akta perlabelan pada produk amatlah ketat. Pengguna
boleh mendapat maklumat mengenai produk pada perlabelan yg wajib dicetak pd
produk tersebut bersama tarikh lupus dan batch nombornya, juga disediakan nombor
talian fon Toll-Free untuk kita bertanyakan maklumat lebih lanjut.
Di USA, misalnya cop U-Pareve dan
Kosher melambangkan ia diperakui oleh Rabbai yahudi dan bebas dari lemak haiwan.
Ada produk dari Afrika Selatan, Australia, Europe dan USA yg dicop Halal oleh
pusat Islam tempatan. carilah produk yg ada cop halal dan Rabbai itu. Jika kita
berada di negara Kristian, syarat halal dan haram dilonggarkan atas kelonggaran
syara' terhadap makanan dan wanita ahlil kitab. Pasaran konsumer negara Barat
juga amat advance dan dibanjiri dengan pelbagai jenama dan pilihan dan trend
hari ini mereka beralih kepada sumber asli seperti herba dan tumbuhan. Maka
pilihlah barangan konsumer yg begitu.
Mengenai simbol E ia bermaksud
Emulsifier (binding agent) dan biasanya ia dihasilkan dari telur atau kacang
soya. Pendapat yg mengatakan boleh menggunakan ingredient yg telah bertukar
sifat dari sifat asalnya ialah pendapat Imam Ibn Abidin dari fuqaha Hanafi.
Pendapat ini boleh diterima terutama bila kita berdepan dgn dharurat. Allahu
a'lam
Soalan :
Ustaz, Apakah hukum jika saya mengerjakan haji menggunakan wang pinjaman bank yg melaksanakan perbankan Islam? Terima kasih
Jawapan :
Setakat ini hanya pakej umrah,
ziarah dan pelancungan sahaja yg menggunakan konsep 'travel now and pay later',
yakni banyak koperasi dan perbankan syari'ah yg menawarkan pakej Umrah dan
Ziarah di mana insitusi tsb membiayai umrah&ziarah secara ba'i bithaman
'ajil (bayaran balik secara ansuran).
Mengenai pembiayaan haji secara
'Haji now and pay later' ini belum diputuskan oleh fuqaha' hari ini kerana ia
memerlukan suatu qarar (keputusan bersama) kerana ia menyentuh perkembangan
semasa dan kemudahan pembiayaan yg tidak ada di zaman silam. Kalau kita mengkaji
kitab-kitab feqah yg ditekankan ialah syarthul qabul (syarat-syarat haji yg
mabrur) yakni salah satunya kos haji dan perbekalannya mestilah datang dari
punca-punca halal, di dalam batas-batas kemampuan dan tidak menyusahkan dirinya
dan keluarganya setelah selesai haji nanti. Maka di sinilah lahirnya idea LUTH
(lembaga urusan tabung Haji), menabung dulu, bila dan cukup wang,mendaftar,
barulah naik Haji. Maka mengerjakan Haji secara kredit atau kemudahan Haji now
and pay later seperti pakej umrah, ziarah, tourism, pembiayaan kereta, rumah dan
asset yg lain, memerlukan ijtihad fuqaha'
Mantan Syaikhul alAzhar, Sayyid
Sabiq, Fiqh Sunnah : Imam alBaihaqi meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Awfa ra
bahawa dia melihat seorang bertanyakan akan Nabi saw," bolehkah dia
meminjam wang untuk mengerjakan haji?" Nabi bersabda," Jangan."
Fatwa Islam online tanggal 11 February 2001,
Harus hukumnya membuat pinjaman
(tanpa riba) untuk pembiayaan Haji walaupun ia tidak wajib berbuat demikian dan
Hajinya sah. Sebaik-baik pinjaman ialah pinjaman jangkapanjang. Setakat inilah
maklumat yg kita dapat dalam loan untuk haji. Pendapat Islam online ini sesuai
dengan aliran dlm madzhab Syafi'iy yg meluaskan skop sumber pembiayaan untuk
Haji seluas mungkin, asalkan halal (alBujairimi, Hashiah atas Iqna', 2/349.)
Allahu a'alam. Allahu a'alam
Soalan :
Assalamualaikum,
Ustaz, tolong terangkan kaedah "yg ragu2 tak menghilangkan yg yakin"
Jawapan :
Kaedah ini berbunyi "alYaqin
yuzaalu bis Syaq" (Yakin tidak boleh disingkirkan dgn semata-mata syak);
bermaksud: jika sesuatu itu telah diyakini, tidak akan tersingkir dengan
kedatangan perasaan syak ke atasnya. Dalil: Surah Yunus: 36
Contoh: Jika anda yakin masih ada
wudhu', maka anda dianggap masih ada wudhu' jika datang rasa syak telah
berhadas. Mustafa alZarqa, Madkhal alFiqhi al'am. Sekian
Soalan :
Saya kadang 2 berpuasa sunat ikut kesenangan saya dalam sesuatu hari. kadang2 berpuasa hari jumaat. kawan saya melarang keras dari berpuasa pada hari tersebut. boleh terangkan?
Jawapan :
Terdapat beberapa hadis yg melarang
kita puasa hari Juma'at sahaja. HR Bukhari dari Abu Hurairah, HR Ahmad dari Ibn
Abbas, dll. Madzhab Syafi'iy menetapkan larangan ini sebagai makruh sahaja.
(Fathul Alam 4/165)
SAMAK MUSIM SEJUK :
Soalan :
Saya ingin bertanya mengenai samak najis mughallazah (najis berat). Sekiranya tanah yang digunakan untuk samak najis anjing dan babi susah didapati, terutamanya dalam musim sejuk di mana salji meliputi permukaan tanah, apakah yang perlu dilakukan? Adakah benda lain yang boleh digantikan dengan tanah? Sekian...
Jawapan :
Nas-nas membasuh jilatan anjing ini
dari dua hadis sahih: HR Bukhari-Muslim dari Abu Hurairah ra; Bulughul Maram/4;
dan HR Muslim dan Abu Daud; Umdatul Ahkam 1/26; hadis-hadis itu secara jelas
menyebut tujuh dan lapan kali dan sekalinya ada disebut penggunaan tanah.
Perbahasan fuqaha':
Hanafi: bilangan 7 kali basuhan itu
sunat dan sunat juga hukumnya menggunakan tanah.
Maliki: membasuh 7 kali itu wajib
kerana ta'abud kepada perintah nabi saw tapi tidak wajib dgn tanah
Syafi'iy: Wajib 7 kali basuhan dan
wajib dgn tanah pada satu kali basuhannya
Hanbali: Wajib 8 kali basuhan dan
wajib pula dgn tanah.
Pentahqeeq, Imam Ibn Taymiyah
berpendapat pendapat Imam Hambali lebih rajih (tepat) dan penggunaan tanah
adalah juga wajib. Madzhab Syafi'iy dalam salah satu pendapatnya membolehkan
penggunaan selain tanah (Prof TM Hasbi Siddiqeiy, Hukum2 Fiqih Islami, jld 1)
atas alasan illat (sebab) digunakan tanah itu untuk lebih kesucian dan membasmi
kuman, maka jika digunakan sabun atau detergen, illat itu tercapai jua
sebagaimana fungsi tanah.
Imam Ibn Taymiyah membolehkan sabun
dan sebarang detergen pencuci (sebagai pengganti air dalam urusan taharah), tapi
dalam urusan membasuh jilatan anjing, tanah terpaksa digunakan demi ta'abbud
kepada perintah Nabi saw (Majmu Fatawa lil Syaikhul Islam, 1/474, cet Riyadh)
Maka jika benar-benar sulit untuk
mendapatkan tanah, boleh menggunakan pendapat ashab Syafi'iyah. Tapi dalam
keadaan bukan dharurat, pendapat Ahmad atau Syafi'iyah yg asah (lebih sahih)
diutamakan oleh pentahqeeq (meggunakan tanah pd satu kali cuciannya). Allahu
a'alam
Jawapan Oleh :
Panel Ahkam Online