![]()
Ahkam Vol. V
Soalan
:
Apakah bezanya pergaulan di antara lelaki dan wanita dalam masa pertunangan? Adakah terdapat kelonggaran dalam pergaulan dan di mana batasnya?
Jawapan
:
Tidak
ada sebarang kelonggaran syarak terhadap lelaki dan wanita yang hanya diikatkan
dengan tali pertunangan. Yang boleh melonggarkan adab pergaulan itu adalah
apabila mereka diijab qabulkan secara sah.
Kelonggaran
diberikan jika pergaulan itu ditemani oleh mahram, sebagaimana hadis Bukhari,
"Janganlah ada di antara kamu yang berdua-duan dengan wanita kecuali
disertai mahramnya."
(Ruj
: Syaikh Muhammad Ali Qutb, Tuhfatul 'Aris wal Urus)
Soalan
:
Saya ingin tanya bolehkah umat Islam atau manusia yang bukan muhrim yang belum berkahwin bercinta? Jika boleh bagaimana pendekatan dalam Islam ?
Jawapan
:
Cinta
adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah,"Fitrah Allah yang
telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah
itu." (Ar-Rum : 30)
Imam
Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang
mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih
dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya.
Syaikh
Abdullah Nasih Ulwan berpendapat bahawa Islam mengiktiraf cinta yang bersemi
pada setiap individu dan Islam telah menggariskan tiga tahap cinta:
1.
Cinta agung : cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta
berjihad membuktikannya.
2.
Cinta pertengahan : cintakan sesama manusia: ibubapa,
anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai.
3.
Cinta bawahan : menyintai sesuatu melebihi cinta kepada
Allah, Rasul dan Islam.
Pengerusi
Fatwa al-Azhar, Syaikh Atiyyah Saqr menjelaskan cinta adalah suci, cinta dalam
bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi
kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan
cinta yang diredhai oleh Allah.
Cinta
sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir
dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah
asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas
kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.
Cinta
yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti
hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada
ajaran Allah dan mengikuti saluran syarak adalah diharuskan oleh syarak dan
seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.
(Ruj
: Syaikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta);
Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan
Hidup); Ibn Qayyim al-Jauziah, Raudhah al-muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin
(Taman orang-orang bercinta dan kerinduan)
Soalan
:
Apakah hukum bertukar gambar dengan kawan lelaki/perempuan yang bukan mahram? Apakah hukum berutus surat atau email dengan kawan lelaki/perempuan.
Jawapan :
Kedua-dua
hal di atas ditentukan oleh kaedah usul: ‘al-'Umur bimaqoo-sidiha’ (setiap
urusan ditentukan oleh niat). Jika bertukar foto itu untuk tujuan mengenali
bakal isteri, diharuskan dengan syarat foto itu hanya menzahirkan aurat yang
harus dilihat. Berutus surat juga diharuskan atas alasan perkahwinan dan
pertunangan, asalkan mampu menjaga batas-batas dan adab Islam. (al-Qardhawi, Fatawa
mu'asirat, bayyinat al-hal al-Islami)
Soalan
:
Apakah
hukum bersanding?
Jawapan
:
Definasi
persandingan : Meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas pengajangan
(pelamin) dengan berhias indah, perpakaian lengkap, dikipas oleh dua juru kipas
dan dituntun oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
Tujuan
: Antara tujuan utama persandingan ialah untuk dituntun, menjadi kenangan
bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek
moyang.
Sejarah
: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dlm adat Melayu.
1.
Persandingan adalah adat resam Melayu tulin. Ini kerana istilah Raja
Sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin,
Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
2.
Persandingan adalah adat yang diimpot dari India. De Jong (Religions in
the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh, Tata Rakyat
(Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
Hukum
: Bersanding adalah hukum uruf. Uruf menurut jumhur fuqaha' ialah sesuatu norma
atau lumrah yang menjadi kebiasaan sesuatu bangsa atau kaum yang dikenali
sebagai adat resam yang dipatuhi. Mereka akhirnya menjadikan uruf itu sebagai
identiti sesuatu etnik atau kaum itu (Dr Abd Karim Zaidan, al-Qajiz fil usyul);
Ada uruf/adat yang sahih (tidak
bercanggah dengan Islam), contohnya barang hantaran selain daripada mas kahwin,
kebiasaan orang Melayu tidak melakukan akad jual beli dalam pembelian runcit
harian; dan ada uruf yang fasid, iaitu adat resam yang menghalalkan yang haram
atau yang membatalkan yang wajib. Misalnya adat berjudi, minum air tapai atau
samsu.
Bersanding
adalah uruf Melayu; ia boleh menjadi uruf yang sahih (diterima syarak) atau uruf
yg fasid (jika mengandungi perkara-perkara yang haram).
Bersanding dihukumkan haram bukan kerana
zat (diri) bersanding itu, tetapi kerana adanya unsur-unsur yang diharamkan di
dalamnya, seperti aurat perempuan dipertontonkan di khalayak lelaki yang ajnabi,
berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batas syariat, wujudnya
beberapa adat khurafat yang tidak diiktiraf oleh Islam dsbnya.
Jika persandingan itu dilakukan jauh
daripada perkara di atas, maka ia diharuskan. Seperti (hanya contoh)
persandingan dibuat ditempat yang tertutup di mana hanya mahram-mahramnya sahaja
yang berada di situ dsbnya.
Di
samping itu, persandingan itu juga hendaklah dibersihkan dari unsur haram yang
ketara, antaranya menabur beras kunyit, membaca jampi mentera oleh pawang dan
dukun, mengandam dan menghias pengantin bertujuan merubah ciptaan Allah atau
berlebih-lebihan secara tabarruj, mengadakan kenduri secara besar-besaran dan
membazir serta memilih dalam mengundang tetamu, maskahwin dan hantaran yg
memberatkan.
Soalan
:
Apakah hukumnya bersanding jika sekadar
mengambil
gambar
untuk kenang-kenangan dan tiada majlis tepung tawar?
Jawapan
:
Mengambil gambar sudah semesti dibenarkan
jika ia bebas dari perkara berkenaan. Ramai orang yang mengabaikan syariat ketika majlis
perkahwinan. Mereka tidak tahu betapa pentingnya saat dan ketika itu.
Itu adalah saat pertama melangkah ke
gerbang alam
berumahtangga.
Adalah tidak wajar jika ia dicemari dengan perbuatan maksiat yang diharamkan.
Sebagai
seorang muslim yang baik, kita perlu memulakan alam tersebut `dengan permulaan
yang baik...'
MAHRAM
DARI SEGI SYARAK
Soalan
:
Boleh
tolong jelaskan hubungan kekeluargaan yang macam mana dikira sebagai mahram.
Telah menjadi adat sekampung dan bagi kebanyakkan orang Melayu berkumpul bersama
keluarga tanpa mengira aurat terhadap yang dari segi syarak bukan mahram tetapi
telah disalah faham sebagai mahram, kes ini kes yang betul-betul praktikal
setiap minggu.
Jawapan
:
Mahram
yang dimaksudkan oleh saudara diterangkan dalam ayat 31: Surah anNur. dan
hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya, kecuali kpd suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka,
atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam
atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak ada
syahwat atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.... (maksud ayat)
Yang
tidak disebut dalam ayat itu ialah bapa saudara dan saudara susuan.
Realiti
yang dibawa di atas: bagaimana bila kita berdepan dengan suasana pertemuan
keluarga yang tidak menjaga batas-batas aurat dan tidak pasti yang mana muhrim
dan bukan muhrim.
Penyelesaian:
Ia perlu ditangani dengan hikmah.
Utk
merubah sesuatu kita perlu merubah jiwa mereka; berusaha membuka pintu hati
mereka dan banyak bersabar; antara langkah-langkah yang positif:
1. Mengukuhkan kedudukan kita dalam keluarga, bina kekuatan
ekonomi dan leadership supaya kita akhirnya menjadi salah satu tonggak keluarga;
apabila kita mencapai taraf tonggak keluarga, maka mudahlah kita merubah mereka
atau teguran kita akan diberi perhatian.
2. Keluarga kita menjadi agent of change; role model.
Melakukan perubahan dengan halus dan kena dengan masa dan ketika. kita
menasihati mereka bila mereka sudah bersedia untuk berubah. Jika dirasakan
mereka masih jauh daripada melalui proses perubahan atau mereka akan merasa
negatif dengan Islam, maka kita tangguhkan dulu. Islam perlu dibina dari bawah,
dari asasnya. Menutup aurat adalah natijah kepada satu proses transformasi.
Proses itulah yang kita kena tekan.
4. Kita hendaklah pandai mencetuskan idea perubahan; mungkin
sempena pertemuan keluarga, kita menghadiahkan kain tudung Turki setiap anggota
keluarga wanita satu helai tudung; atau semasa kita outstation ke kelantan, kita
beli kain tudung kelantan atau terengganu dan hadiahkn kepada anggota keluarga
wanita...be creative.
5. Sentiasa berdo'a agar Allah merubah dan melimpahkan nikmat
Islam keatas kaum keluarga kita.
Soalan
:
Apakah
syarat wali hakim?
Jawapan
:
Wali hakim ialah yang dilantik oleh
sultan atau pemerintah, iaitu orang yang ada atau diberi autoriti untuk masalah
nikah kahwin. Jika di Malaysia ia disebut kadi, naib kadi atau imam nikah.
Berdasarkan
mazhab Syafi'i, terdapat pada beberapa tempat wali berpindah kepada sultan,
iaitu:
1.
Ketika wali sedang ihram haji.
2.
Ketika wali ghaib (tiada/tidak dikesan) sejauh dua marhalah.
3.
Wali enggan mengahwinkan perempuan yang berada di bawah
kekuasaannya, apabila diminta olehnya agar dia dikahwinkan dengan lelaki yang
kufu' (sepadan). Perempuan ini boleh pergi kepada hakim untuk dikahwinkan. Jika
wali itu enggan sebanyak tiga kali, maka dia dianggap fasiq, dan haknya sebagai
wali gugur. Maka berpindahlah hak wali itu kepada wali pada tahap berikutnya (ab'ad).
4.
Wali di penjara dalam keadaan tidak dapat mengahwinkan
anaknya.
(Ruj
: Abdul Rahman al-Jaziri, al-Feqh Alal Mazahibil Arba'ah, vol. 4).
Jawapan
Oleh :
Panel
Ahkam Online