![]()
Ahkam Vol. VIII
TAMPAL GIGI
SEMASA PUASA
Soalan :
Apa hukumnya
kalau kita menampal gigi atau mencabut gigi semasa berpuasa? Dan hukum memasukkan ubat mata ketika perubatan sedang dibuat?
Jawapan:
1. Mencabut dan menampal
gigi tidaklah membatalkan puasa. Alasan: tiada larangan daripada Nabi s.a.w atau
sahabat (majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam, Jld 25)
2. Menitiskan ubat mata...
juga tidak batal menurut Ibn Taymiyah kerana ia bukanlah jalan masuknya makanan
secara tabi'iy. Mjmu' Fatawa, ibid. Juga Sayyid Sabiq, Fiqh Islami, bab Siyyam.
Allahu a'alam
Soalan :
Saya mempunyai
kemuskilan tentang solat sunat Witir selepas mengerjakan sunat Tarawih,
kemuskilan saya seperti berikut:
(1) Apakah solat sunat
Witir penutup segala solat sunat? Maksud saya jika sudah di kerjakan sunat Witir
dengan sendiri nya solat sunat yang lain tidak boleh lagi di tunaikan lagi.
(2) Pada bulan
Ramadhan ini di tempat saya kebiasaannya solat sunat witir di dirikan selepas
selesai sunat Tarawih. Jadinya bagaimanakah kedudukan hal ini.
Jawapan :
1. HR Muslim dari Ibn 'Umar,"Jadikanlah
witr penutup solat malammu." HR Abu Daud, Termidzi dan Nasa'iy dari Ali KW, " Nabi bersabda tiada
dua witr pada satu malam." hadis hasan menurut Termudzi.
Mengikut pentarjeeh,
antaranya Sayyid Sabiq, mereka yg biasa solat malam, lebih afdhal di akhiri
witrnya. Bagi yang tidak konsisten solat malamnya, baiklah dilakukan pada awal
malam.
2. Bagi yang solat
tarawikh pula, jika anda sering bangun malam selepas pulang dari masjid, maka
lebih sunnah anda tidak berwitr di masjid. Bagi yg balik dari masjid dan tidur
dan hanya akan bangun untuk sahur sahaja, maka lebih baiklah dia berwitr bersama
imam.
Jika sudah berwitr di
masjid, tiba-tiba teringin pula nak solat lagi di
malamnya di rumah, boleh
saja, asalkan tidak mengulangi witr spt mana hadis Ali KW di atas.
Fiqh Sunnah dan Fiqh
alManhaji Allahu a'alam
DUA WITIR DALAM SATU
MALAM
Soalan :
Bolehkah
dilakukan solat sunat witir dua kali dalam satu malam?
Jawapan :
Terdapat beberapa hadis
lain mengenai masalah ini, antaranya ialah:
Dari Jabir r.a., bahawa
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Barangsiapa yang merasa tidak sanggup untuk bangun pada akhir malam,
hendaklah dia berwitir pada permulaan malam, tetapi
barangsiapa yang merasa
sanggup untuk bangun pada akhir malam, hendaklah dia berwitir pada akhir malam.
Kerana
sembahyang akhir malam
itu dihadiri (oleh malaikat) dan itulah yang lebih afdhal. (HR Ahmad, Muslim,
tarmizi & Ibnu Majah).
Dari Ummu Salmah r.a.,
katanya bahawa Nabi s.a.w. pernah mengerjakan dua rakaat (sembahyang sunat)
selepas berwitir.
(HR al-Tarmizi)
Dari Thalq bin Ali r.a.,
katanya: Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Tiada witir dalam satu malam. (HR
Ahmad, Abu Daud,
al-Tarmizi dan
al-Nasa'i)
Dari Ibnu Umar r.a.,
sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: Jadikanlah sembahyang witir sebagai
akhir sembahyang kamu.
(HR al-Jamaah kecuali
Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis-hadis
di atas, para ulamak berselisih pendapat dalam masalah mengerjakan witir dua
kali dalam satu malam.
Iaitu pada masalah orang
yang tidur setelah berwitir pada awal malam, kemudian pada pertengahan atau
akhir malam dia bangun untuk bertahajud.
1) Pendapat pertama:
Apabila seseorang itu telah melakukan witir pada awal malam kemudian tidur,
kemudian bangun semula
pada akhir malam,
bolehlah dia mengerjakan sembahyang2 sunat (tahajud dsbnya). Setelah itu dia
tidak perlu berwitir lagi.
Cukuplah witir yang dia
telah kerjakan sebelum tidur itu.
Inilah pendapat yang
dipegang oleh sebahagian sahabat, tabi'in, Syufyan al-Thauri, Malik, Ibnu
Mubarak, Ahmad, Syafi'i dll.
2) Pendapat kedua:
Masalah yang sama… Ketika bangun dari tidurnya, hendaklah dia merosakkan witir
yang telah dikerjakan
sebelum tidur. Caranya:
Selepas bangun, hendaklah dia mengerjakan satu rakaat sembahyang dengan tujuan
untuk
menghilangkan kewitiran
yang lalu atau untuk menggenapkan witir yang lalu.
Selepas itu, barulah dia
mengerjakan sembahyang malam (tahajud dsbnya.), dan akhir sekali di tutup dengan
mengerjakan
sembahyang witir.
Pendapat ini dipegang
oleh sebahagian sahabat dan tabi'in. Masalah ini telah dibincangkan dengan
panjang lebar oleh para ulamak feqh. Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.
Sekian. Wallahu a'lam.
Rujukan:
Feqhus Sunnah
Nailul Authar
LIHAT ANAK BULAN
Soalan :
Saya difahamkan kalendar Islam merupakan kalendar yang terbaik & paling tepat berbanding dengan kalendar˛ yang lain. Walau bagaimanapun seseorang telah mengemukakan soalan kepada saya berkenaan kalendar Islam. Mengapa kita (umat Islam) masih melihat anak bulan untuk menentukan tarikh sebenar mula berpuasa & Hari Raya Aidil Fitri padahal kita boleh menentukannya dengan membuat perhitungan secara biasa?
Jawapan :
Majoriti fuqaha' dan aliran Salafiyyah menentang di atas dasar melihat anak bulan itu adalah sunnah Nabi saw yg thabit secara qat'iy dan mutawatir. Manakala ilmu falak tidak wujud di zaman itu dan kalau adapun ia dianggap ajaran sihir dan ramalan bintang. Segala cara lain adalah bid'ah dan bid'ah adalah tertolak.
Pentarjeeh melihat kepada illat (sebab) kenapa Nabi suruh lihat anak bulan itu. Tidak lain tidak bukan untuk menentukan umat Islam hanya berpuasa pada satu Ramadhan dan raya pada satu syawal. Cara yg paling praktikal di zaman itu sudah tentulah dgn melihat dgn mata kasar. Jika ada cara yg lebih mudah dan lebih pasti, sudah tentu Nabi akan menyuruhnya termasuklah ilmu falak syar'iy.
TARAWIKH SEBELUM ISYA’
Soalan :
Jika saya
bermusafir pada bulan Ramadhan dan mengerjakan solat Isya' jama' taqdim dengam
Maghrib, bolehkah saya terus mengerjakan solat tarawih selepas solat Isya'
ataupun mesti tunggu sehingga masuk waktu Isya'?
Jawapan :
Solat tarawikh itu
dikerjakan selepas Isya'. Tidak boleh diubah lagi
waktunya kerana kita
telah menerimanya dari Nabi saw dan begitulah ia dilakukan turun-temurun. Maka
anda kenalah tunggu masuknya waktu Isya'. Fiqh Sunnah
PERBEZAAN
PENDAPAT DALAM TARAWIKH
Soalan :
Bolehkah saya
tahu, apakah perbezaan2 pndpt dlm mengerjakan solat terawih. cthnya, dari segi
rakaat, selawat antara solat, doa dsb. terima kasih.
Jawapan :
Perbezaan pendapat ini
dinamakan khilafiah. Ia terjadi kerana fuqaha' berselisih mengenai nas-nas yg
thabit dalam sesuatu perkara, misalnya solat sunat tarawikh.
Ijma' fuqaha' menetapkan
solat pada malam-malam bulan Ramadhan selepas Isya' itu dinamakan solat tarawikh
atau qiyyam lailatu Ramadhan. Mereka berselisih dari segi bilangan raka'atnya.
Jumhur menetapkan 20 raka'at, manakalah ahli hadis menetapkan 11, Maliki pula:
36. Pendapat yg rajih ialah Nabi saw tidak menetapkan bilangan raka'at, boleh
sahaja dilakukan berapa yg disukai
asalkan ia dilakukan dgn
kadar qiyam yg menasabah (tidak terlalu cepat atau terlalu lama).(Prof Hasbi
Siddiqui, Kitab asSolat)
Zikir-zikir, selawat dan
do'a yg dibaca selepas setiap beberapa raka'at itu tidak ada sandaran baik dari
asSunnah atau khulafa' arrasyisidin atau salaf dan tabi'ien. Mengikut Tuan Guru
MB Kelantan ia dicipta atas alasan mengalih konsentrasi kanak-kanak supaya tidak berbuat
bising. Allahu a'alam.
ARAH KIBLAT
Soalan :
Apakah arah kiblat yang benar benar tepat ke arah kaabah dari Malaysia ini?
Jawapan :
Menurut anNawawi (alMajmu' 3/190); Imam Syun'any, Subulus Salam 1/182 disepakati fuqaha' maksud menghadap ke Ka'bah itu bukanlah dikehendaki tepat menghadap pada zatnya bagi yg berjauhan dari Mekkah, tapi yg disuruh ialah menghadap kepada arah ka'abah sahaja, maksudnya tidaklah diwajibkan 100% accuracy (tepat). Berkata lagi anNawawi, bagi menentukan kiblat hendaklah ditentukan dgn alat dan mereka yg ahli dalam bidang itu.
Jawapan Oleh :
Panel Ahkam Online