![]()
Ahkam Vol. XI
DATING
Soalan :
assalamualaikum........
Saya ingin bertanya apakah hukumnya jika seorang perempuan keluar bersama seorang lelaki untuk hanya berjalan-jalan? Adakah ini dikira sebagai DATING?? Mereka tiada niat untuk melakukan perkara2 yg maksiat tetapi sekadar jalan-jalan bersama (tidak berpimpin tangan juga). Boleh tuan tolong terangkan kepada saya dgn lebih jelas??
Jawapan :
Haram hukumnya jika tidak ditemani mahram berdasarkan hadis sahih riwayat Ahmad, berdua'an lelaki dan wanita melainkan ketiganya ialah syaitan. Haram ini berdasarkan kaedah syara': Sadd addazara'iy (menutup pintu-pintu fitnah), kaedah ini menetapkan zina adalah fitnah yg besar dan segala jalan yg menjurus kepada zina dicegah oleh Islam. Ia juga menepati kaedah umum pengurusan: prevention is better than cure. (pencegahan lebih baik dari rawatan). Alasan niat yg baik dan hanya untuk jalan-jalan termasuk alasan yg tidak dilayan oleh syara'.
WANITA JUAL BELI
HARI JUMAAT
Soalan :
Assalamualaikum.
Jika kita lihat pada
waktu sembahyang jumaat terdapat ramai orang terutamanya wanita yang menjalankan
aktiviti tersebut sedangkan dalam terjemah surah al-jumu'ah kita diminta
meninggalkan jual/beli ketika mendengar seruan azan sembahyang jumaat.
Saya ingin tahu apa
hukumnya kita menjalankan aktiviti jual/beli pada waktu
sembahyang jumaat? Ada
pendapat mengatakan haram dan ada yang mengatakan dibolehkan sekiranya
diperlukan sangat untuk membeli pada waktu tersebut.
Jawapan :
Khitab (perintah)
larangan jualbeli itu ditujukan kepada orang lelaki baik yg berniaga dan
membelibelah bila azan menandakan khutbah sudah dimulakan. Tradisi di negara
Arab ialah pekedai akan menutup premis atau meninggalkan kedainya dan segera ke
mesjid dan mendengar khutbah.
Hukum urusniaga semasa
khutbah sudah bermula haram menurut empat madzhab: Syafi'iy dan Hanafi
mengharamkan urusniaga tapi urusniaga itu sah; manakala Hanbali dan Maliki haram
juga hukumnya dan urusniaga itu tidak sah. Manakala di Malaysia, masyarakat
berbilang bangsa dan kedai tidak ditutup tanpa mengira Juma'at,
Maka lelaki yg wajib
Juma'at tidak boleh berurusniaga ketika khutbah sudah dimulakan tapi tidak
ditegah ke atas kaum perempuan yg tidak diwajibkan Juma'at shopping di
kedai-kedai yg sentiasa dibuka yg mungkin diurus oleh non-muslim atau perempuan
juga. Fiqh Islami
Allahu a'alam
Soalan :
Sesetengah masjid
di negara kita mengadakan kutipan derma ketika khatib sedang berkhutbah Jumaat
samada dengan mengedar bekas-bekas derma atau dikutip oleh petugas-petugas dari
saf ke saf. Adakah amalan begini pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan
sekiranya Rasulullah tidak pernah melaksanakannya apakah hukumnya kita
melakukannya?
Jawapan :
Tidak kita ketemukan
sebarang nas berhubung derma semasa khutbah Juma'at, melainkan larangan
bercakap-cakap atau larangan urusan jual-beli.
Madzhab Hanbali menegah
sebarang aktiviti termasuk derma berdasarkan larangan umum ini. Ia juga
berdasarkan fatwa Ibn 'Umar ra yang menegahnya kerana membantu perbuatan yg
dilarang (Ibn Qudamah, alMughny).
Madzhab Hanafi pula-
makruh tahrim (hampir ke tahap haram) jika dilakukan oleh pemungut derma yg
melangkah dan melintasi para jema'ah semasa khatib sedang berkhutbah.
Pentarjih, Dr Wahbah (Fiqh
Islami) menyukai jika kotak derma itu diletakkan dipintu atau laluan utama
mesjid supaya ahli jema'ah dapat menderma semasa memasuki dan meninggalkan
masjid tapi tidak menderma semasa khutbah. Allah sahaja yg mengetahui apa yg yg
benar dalam urusan ini.
SOLAT DALAM LUKA
Soalan :
Asalamualaikum...
Saya sering kali menjalani latihan didalam hutan, kadang kala badan saya terdapat kesan luka-luka yang susah untuk diberhentikan pendarahannya..bagaimanakah caranya untuk saya mengerjakan solat dalam keadaan ini?
Jawapan :
Solat dalam keadaan luka yg masih menitiskan darah, adalah sah jika ianya sedikit dan tidak mengalir (Imam anNawawi, alMajmu' 1/266) Pentahqeeq: antaranya alHafidz dalam alFath meriwayatkan sahabat-sahabat solat sedangkan darah masih keluar dari luka-luka mereka. Pendapat ini disahkan oleh mantan Syaikhul alAzhar, Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah. Caranya, terlebih dulu membersihkan luka, membubuh ubat, kemudian membalutnya, jika masih menitis atau meresap darah keluar pada kadar yg sedikit, tidaklah membatalkan solat. Allahu a'lam
QIBLAT SOLAT
Soalan :
Jika saya sedang
mengerjakan solat dengan menghadap ke arah yang salah kerana tidak tahu arah
qiblat yang betul kemudian seseorang memberitahu saya arah qiblat yg sebenar,
adakah saya perlu berhentikan solat dan melakukannya semula dengan mengadap ke
arah qiblat yang betul, atau bolehkah saya
berpusing ke arah qiblat
ketika di dalam solat dan meneruskan solat tanpa memberhentikannya?
Jawapan :
1. Menghadap kiblat itu
syarat sah solat
2. Dua keadaan sahaja
di ma'afkan untuk tidak menghadap kiblat: semasa ketakutan atau berada di atas
kenderaan semasa musafir. Dalil: 2:239
3. Dalam keadaan yg
bisa, hendaklah seseorang berijtihad menentukan kiblat dan tidak disyaratkan
tepat setepat-tepatnya berdasarkan hadis Termidzi (di antara Timur dan barat
itulah kiblat). (alUmm, 1/94) Zamakhsyari dalam tafsirnya (alKasyaf 1/320)
ungkapan menghadap ke mesjidil Haram bermaksud menghadap kepada 'ain Ka'bah
bukannya dzat Ka'bah secara specifik untuk memberi keringanan kepada umat Islam
yg berada jauh dari Mekah.
Fiqh Syafi'iy
menetapkan jika anda tersalah ijtihad dalam menentukan kiblat dan bila ditegur
oleh orang, maka cepatlah bertukar arah (tanpa membatalkan solat yg sedang
dilakukan) dan tidak perlu memulakan solat yg lain. Inilah pendapat Imam
Syafi'iy ra (alUmm, jld 1) dan alImam anNawawi, alMajmu' berdasarkan hadis
Baihaqi dari Jabir, di mana Nabi tidak menyuruh mereka yg tersilap kiblat kerana
kegelapan malam mengulanginya. Sekian, Allahu a'alam
TIADA NEGARA ISLAM
Soalan :
Apakah berdosa
setiap umat Islam apabila tiada negara Islam?
Jawapan :
Masalah menegakkan
negara Islam menjadi satu perkara yang masih belum selesai hingga kini. Soal
pokoknya ialah apakah hukum menegakkan negara? Menurut kebanyakan ulamak dari kalangan Ahlus Sunnah, Murji'ah, Syiah,
Muktazilah, Khawarij dll. mengatakan wajib (fardu kifayah) hukumnya.
Menurut Ibnu Taimiyah,
".. bahkan tidak dapat ditegakkan agama melainkan dengan pemerintahan."
Kemudian, setelah negara
tertegak, apakah hukumnya menjalankan syariah Islam di dalamnya? Hukumnya juga wajib.
Wajib ke atas pemerintah. Jika syariat Islam tidak dijalankan, merekalah yang
akan menanggung dosanya, bukan rakyat. Kewajipan rakyat ialah menegakkan negara
dengan memilih pemimpin mereka. Rakyat tidak
boleh memasukki kawasan
yang telah menjadi kewajipan pemerintah. Seperti melaksanakan hukuman
berlandaskan hudud, membenteras maksiat dan kemunkaran dengan `tangan' dsbnya.
Dalam konteks zaman
sekarang ini, kita diberi pilihan oleh sistem yang ada, samada mahu memilih
bakal pemimpin yang akan menegakkan syariat Islam ataupun tidak. Jadi, mengapa
memilih bakal pemimpin yang tidak akan menegakkan syariat Islam dalam
pemerintahannya?
Setelah kita memilih
bakal pemimpin yang akan menegakkan syariat Islam, namun pilihan kita itu tidak
dapat naik jadi pemimpin, maka tanggungjawab kita telah terlepas. Kita akan
dapat menjawab persoalan yang akan ditanyakan oleh Allah di akhirat kelak,
bahawa kita telah berusaha dan melaksanakan tanggungjawab sekadar yang termampu.
Apakah kita mampu
melakukan lebih dari itu? Sudah tentu tidak. Maka Allah tidak akan mengambil
kira ketidakmampuan kita. FirmanNya: "Allah tidak membebankan kecuali apa
yang mampu.."
FirmanNya lagi: "Tuhan kami, janganlah dibebankan kami dengan sesuatu di luar
kemampuan kami.."
Tidak melaksanakan
syariat Islam adalah adalah satu kemunkaran. Dan, memilih bakal pemimpin yang
tidak akan melaksanakan syariat Islam adalah ibarat membantu kemunkaran
berkenaan.
Soalannya, apakah
berdosa setiap umat Islam apabila tiada negara Islam?
Jawapnya: Bukan natijah
yang menjadi ukuran, tetapi usaha yang
bersungguh-sungguh dan
keikhlasan yang akan diambil kira. Ibaratnya adalah seperti sembahyang fardu. Ia
diwajibkan agar dilakukan dengan sempurna. Jika kita telah berusaha untuk
melakukannya secara sempurna, tetapi tidak mampu
dan tidak boleh..
Bagaimana? Kita hanya mampu lakukan dalam keadaan duduk.. Apakah kita berdosa?
Dalam keadaan lain, kita hanya mampu lakukan dalam keadaan baring. Apakah kita
juga akan berdosa kerana tidak mampu melaksanakan sembahyang secara berdiri
seperti orang yang sihat dan berkemampuan?
Nasihat :
Dalam keadaan negara
yang mengamalkan sistem demokrasi, berusahalah bersungguh-sungguh agar
teman-teman kita yang lain juga memilih bakal pemimpin yang akan melaksanakan
syariat Islam dalam pemerintahannya. Sekian. Wallahu a'lam.
Jawapan Oleh :
Panel Ahkam Online