![]()
![]()
![]()
"Perjalanan masa merapuhkan badan, memperbaharui hasrat keinginan, mendekatkan kematian dan menjauhkan angan-angan. Keberhasilan di dalamnya memayahkan sebagaimana kegagalanpun memayahkan juga." ~Imam Ali - Nahjul Balaghah ~
Sila Klik "DI SINI" Untuk Hantar Soalan![]()
Soalan :
Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh? Apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat dan semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis dia masih makan?
Jawapan :
Firman Allah Taala:
"...Dan makan dan minumlah hingga nyata garis putih dari garis hitam daripada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga malam." (Al-Baqarah, 187). Mula berpuasa ialah apabila `nyata garis putih dari garis hitam '. Ia bermaksud fajar (masuk subuh).
Masalah : Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh?
Jawab : Tidak sah, kerana masih makan ketika atau setelah terbit fajar.
Masalah : Apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat, semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis, dia masih makan.
Jawab : Juga tidak sah.
Rujukan :
Sayyid Sabiq, Feqh al-Sunnah, Cairo.
Soalan :
Apakah sah puasa orang yang berjimak pada malam bulan puasa? Apakah sah puasa bagi orang yang berjimak pada malam hari pada bulan puasa, tetapi hanya melakukan mandi wajib setelah terbit fajar tetapi sebelum terbit matahari?
Jawapan :
Yang membatalkan puasa ialah jimak pada siang hari. Sedangkan pada malam harinya dibolehkan, sekalipun mandi wajib setelah terbit fajar. Orang yang berhadas besar sah berpuasa, kerana suci daripada hadas besar dan kecil bukan syarat sah puasa.
Syarat-syarat sah puasa :
Al-Khatib al-Syarbini menjelaskan:
"Dan jika suci perempuan yang haidh pada malam hari dan berniat puasa, seterusnya berpuasa atau berpuasa orang yang berjunub tidak mandi terlebih dahulu, maka sah puasanya..." (Lihat Mughnil Muhtaj, vol. 1, hal. 436)
Katanya lagi: "Ada hadis sahihain (al-Bukhari & Muslim) yang mengatakan Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub daripada jima', bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa." (ibid.)
Rujukan :
Abdul Rahmana al-Jaziri, Al-Feqh Alal Mazahibil Arba'ah, vol 1
Al-Khatib al-Syarbini, Mughnil Muhtaj, vol 1
Soalan :
Saya seorang yang mengidap penyakit lelah dan menggunakan sejenis ubat berbentuk gas yang diletakkan pada bibir saya dan menyedut gas yang dikeluarkan untuk melegakan rasa lelah yang saya alami. Kemusykilan saya, adakah batal puasa saya jika saya mengunakan rawatan tersebut ketika saya sedang berpuasa?
Jawapan :
Bagi pesakit athma atau lelah, amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fatawa al-Da`wah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)
Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika daripada jenis debu maka ia diharuskan.
Imam Ibn Hazm al-Andalusi (al-Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk.
Begiti juga Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Majlis Fatwa Saudi (Fatwa Ben Baz), Fatwa Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Fatwa Syaltut (Fatwa Islamiah), Fatwa al-Azhar (Atiyah Saqr) dan Fatwa Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa), pendapat Dr Abd Karim Zaidan (al-Mufassal), pendapat allamah wa Syaikhul Azhar Sayyid Sabiq (Fiqh al-Sunnah) kesemuanya bersepakat, tidak batal puasa penggunaan inhaler bagi pesakit athma.
Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak wujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.
Soalan :
Adakah menelan air liur membatalkan puasa?
Jawapan :
Jumhur fuqaha' berpendapat tidak batal puasa menelan air liur (saliva). Air ludah termasuk dalam sesuatu yang amat sukar dihindari seperti juga dengan debu jalanan, debunga dan serbuk tepung.
Madzhab Syafi'iy berpendapat batal puasa jika menelan kembali air liur yang telah keluar dan berada di antara dua bibir.
Rujukan :
Prof Dr Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal, Kuwait
Sayyid Sabiq, Feqh al-Sunnah, Cairo.
Soalan :
Apakah hukum seorang yang berpuasa dan tiba-tiba keluar air mazi daripada kemaluannya? Apakah perlu mandi?
Jawapan :
Tidak batal puasa (Imam Nawawi, al-Majmu', Jld 6, ms 365; Ibn Hazm, al-Muhalla, Jld 6, ms 203)
Mazi tidak termasuk dalam definasi janabah. Ini adalah ijmak ulama. Tidak perlu mandi hanya memadai dengan membasuh sahaja kerana ia najis. (Ibn Rusyd, Bidayat Mujtahid, Jld 1, ms 85-90)
Soalan :
Adakah batal puasa apabila menyuntik sesuatu (ubat) ke dalam urat/badan walaupun dengan tujuan berubat (kerana memasukkan sesuatu kedalam rongga/urat)?
Jawapan :
Menurut al-Qardhawi terdapat 2 jenis suntikan jarum :
Soalan :
Boleh ustaz jelaskan tentang fidyah puasa?
Jawapan :
Dalil fidyah
Firman Allah Taala : "..Dan wajib atas orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dsbnya) membayar fidyah, iaitu memberi makan orang miskin.." (al-Baqarah:184)
Hukum fidyah:
Hukumnya adalah wajib berdasarkan firman Allah Taala di atas.
Jumlah fidyah yang wajib dibayar
Jumhur ulama mengatakan bahawa fidyah adalah sebanyak satu cupak makanan asasi di negeri tempatnya tinggal, untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan.
Sebab-sebab Fidyah:
Masalah : Apakah fidyah bertambah dengan pertambahan tahun?
Menurut pendapat terkuat Syafi'i, fidyah bertambah dengan pertambahan tahun. Alasan mereka ialah kewajipan yang berbentuk harta tidak boleh disekalikan (jamak/himpunkan sekaligus). Maliki dan Hanbali berpendapat tidak berganda dengan pertambahan tahun. Mereka menyamakannya dengan hukuman hudud yang dikenakan sekaligus.
Masalah : Kelewatan qadha' puasa hingga datang Ramadhan berikutnya - Fatwa al-Qardhawi
Dr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa sebahagian imam berpendapat dalam kes ini diwajibkan mengqadha puasa berkenaan dan membayar fidyah satu mud untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan. Satu mud bersamaan dengan setengah kilogram lebih sedikit. Katanya, inilah mazhab Syafi'i dan Hanbali yang berdasarkan kepada amalan sejumlah sahabat. Manakala sebahagian para imam yang lain tidak mewajibkan fidyah, namun qadha tetap wajib dilaksanakan.
Masalah : Pendapat yang perlu diikut
Al-Qardhawi mengatakan memberi fidyah adalah satu amalan yang baik, tetapi jika tidak membayarnya insyallah tidak ada dosa atasnya. Ini adalah kerana tidak ada satupun riwayat yang sahih mengenainya dari Nabi s.a.w. Namun sesiapa yang ingin mengeluarkan fidyah adalah terpuji pada sisi syara'. (Wahbah Zuhaili, Fiqh Islami, Jld 2, ms 758; Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat) Kita di Malaysia ini, tidak ada salahnya kita beramal dengan mazhab Syafi'i, iaitu membayar fidyah atas kelewatan qadha' puasa.
Rujukan :
Mughnil Muhtaj, vol. 1, al-Khatib al-Syarbini
Bujairimi Alal Khatib, vol. 2, al-Bujairimi
I'anah al-Thalibin, vol 2, al-Syatha
Fatawa Muashirah, vol 1, al-Qardhawi
Bidayatul Mujtahid, vol. 1, Ibnu Rusyd
Soalan :
Saya telah meninggalkan puasa (tahun lepas) sebanyak 16 hari kerana menyusukan anak. Setahu saya, ia mesti diqada dan fidyah juga mesti dibayar.
Jawapan :
Soalan :
Saya ingin membuat pertanyaan tentang puasa yang ditinggalkan dan pembayaran fidyah. Saya merasakan yang saya ada meninggalkan puasa ketika dalam usia remaja tapi tidak pasti akan jumlah harinya dan melebihi 10 tahun yang lepas. Bagaimana fidyah dikenakan ke atas saya?
Jawapan :
Fatwa al-Qardhawi (Fatawa Mu'asirat): Tidak ada nas yang sarih (jelas) tentang fidyah daripada syarak mengenai puasa qadha. Al-Qardhawi mengesyorkan anda hanya membuat estimate (aggaran) jumlah hari yang ditinggalkan (lebih kurang) kemudian ganti mengikut kemampuan (boleh lakukan selang seli atau pada Isnin-Khamis). Fidyah itu tidak wajib. Ia cuma mustahab (digalakkan jika anda mampu) pada kadar nilai 0.6 kg beras pada setiap hari yang ditinggalkan.
Soalan :
Fidyah puasa diserahkan kepada fakir miskin. Persoalannya... dewasa ini, siapa yang ditakrifkan sebagai golongan miskin? Apakah peminta sedekah di tepi jalan dikira golongan miskin?
Jawapan :
Takrif Miskin
Firman Allah (maksud) "Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut." (al-Kahfi : 79)
Jumhur ulama' berpendapat orang miskin ialah orang yang masih mempunyai harta (seperti dalam surah al-Kahfi mereka masih mempunyai harta spt kapal, tapi masih miskin, macam nelayan di Malaysia hari ini) tetapi belum cukup untuk menyarai hidupnya. Misalnya perbelanjaan harian ialah RM 10.00, tapi ia hanya mampu mencari RM 7.00 sahaja.
Mereka yang meminta sedeqah di tepi jalan itu mungkin termasuk dalam kategori fuqara' (orang fakir) yang lebih melarat dari orang miskin. Mereka ini digolongkan dalam kategori rakyat termiskin. Orang fakir berada dalam situasi di bawah tahap miskin, jika perbelanjaan harian ialah RM 10.00 sesiapa yang hanya ada RM 3.00, dia berada pada tahap fakir.
Rujukan :
Dr Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal
Sign My Guestbook View My Guestbook
013-8787434 (hp) 04-9176694 (h)
Main-page website ini dibina oleh hamba yang tidak menyembah makhluk pada 9 Sept. 1999 |
Update : 17 November 2001 / 1 Ramadhan 1422 |